In the name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Assalmualaikum
WARNING:
Hee, today, for the first time ever, I'm going to do a blog post that will be written in Malay Language. I realised that my Malay writing skills have turned rusty. Hence, I've decided to polish up on my writing skills, so that I could sustain this talent in writing that used to have won me many awards back then. And to be awarded the Gold award for a national malay essay writing competition back in 2009, simply proves that Susu's got talent! Haha, anyway this post will be a rather long one because I'll be discussing about the increasing trend of 'membuang bayi' cases. So read on, if you care and pardon me if there are some malay grammatical errors in my writing. >.<
Tajuk Artikel: Manusia oh Manusia
"Bayi ditemui mati di dalam lif"
"Seorang wanita diberkas polis kerana disyaki terlibat di dalam kes pembuangan bayi"
Kemudian apa lagi? Kadang-kala, saya tertanya-tanya juga. Kenapa ada yang sanggup melakukan perkara sekejam itu, terhadap anak sendiri? Apakah mereka ini tidak berhati perut sehingga mereka tergamak melaluku perihal sebegitu terhadap seorang bayi kecil yang tidak sempat menikmati keindahan dunia yang indah ini? Perasaan geram berbaur marah, mula timbul di dalam diri. Pada dasar logiknya, saya pasti; tentu ramai di antara masyarakat kita yang akan melahirkan perasaan marah, benci dan tidak kurang juga pasti ada yang akan mengutuk-gutuk pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Pihak yang dimaksudkan di sini ialah mereka-mereka yang terlibat di dalam kes pembuangan bayi tesebut.
Baru-baru ini pula, tatkala saya sedang melungsuri laman Facebook, salah seorang daripada contacts saya di dalam facebook telah mengesyorkan saya untuk sama-sama menganggotai satu kumpulan Facebook Page yang diberikan nama: ''SAYA BENCI ORANG YANG MEMBUANG BAYI'' Tersentak saya apabila membaca phrasa tersebut. Tiba-tiba saya teringat akan kata-kata Ustaz. Menurut beliau: "Never ever resort to hating somebody because it'll only bring more sickness to the heart. Don't hate them as a person, but hate them for their attitudes instead."
Antara komen-komen yang saya dapati:
Pendapat A:
>> "Takde otak. Beranak susah2 pastu buang sajah. Bodoh"
>> "Anak tu satu kurniaan tuhan. Kenapa harus dibuang bayi itu? Neraka tak sabar2 nak tunggu kau. Mana pergi agama kau hah?"
>> "Binatang pun sayang anak dorang jugak. Kalau kite klaskan dorang ni iblis atau syaitan, baik jugak tu!"
Pendapat B:
>> "Membenci bukan hak kita. Tapi sebagai manusia yang punya akal, ambillah iktibar. Bagaimanapun, kita tetap membantah terhadap penganiayaan kanak2"
Pada pendapat saya, saya lebih setuju dengan Pendapat B kerana ia mencerminkan kematangan dan ia merupakan satu respons yang baik kerana ia tidak.....alamak, lost at words already.
*to be continued ah. am at a lost for words already. each time I want to continue a new sentence, an english phrase will come out and then i go -______________-". Will try harder later. Heehaw. =)
No comments:
Post a Comment